Tiap hari yang hadir dan mendatang makin mencabar.. darisegi hidup malah minda.. Allah telah berfirman dalam surah al-ashr:surah 130 ,1-3.. sekira-kira maksud...
- Demi Masa!
- Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian
- Kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar..
Betapa masa itu penting dan pesan memesan itu adalah teramat penting untuk kesejahteraan hidup..
bukan hanya pesanan..
“nanti jalan baik2, keluar tu” ini hanya sampingan kasih sayang yg ditunjukkan.. tp tawakkal pada Allah dan memohon perjalanan itu diselamatkan dan di permudahkan Allah itu lebih terasa di kasihi…
“baik2 bkawan jgn sampai leka plak” jika dirinya dah terdidik dan di didik dengan betul tiada lagi resah orang tua kerana anaknya tahu adab pergaulan sorang muslim yang dituntut syara’
“mana tudung?” sekalian lah menyebut .. tudung da cantik pakai la baju yang sepadan dengan akhlak muslimah
“Mak nak keluar pergi usrah duduk rumah elok2” sambung la skit “minggu depan ikut mak yee.”. ye la bukan selalu pun anak ikut apa salahnya sekali sekala ajak… mana tahu 20x di ajak hatinya trbuka..
Semuanya adalah ajakan dan pesanan yang baik dan perlu di tambah lagi agar menjadi semakin baik… ;;
Tapi dalam hal ini ada terselit sedikit perasaan pada sesiapa saja yang terkadang alpa dan tanpa sedar kita rupanya mempunyai kesabaran yang tipis…
Macam mana kesabaran yang dah menipis??
“dah puas ajak dia masuk majlis agama bukan lame pun sejam je.. tak mau jugak, malas dh aku nak ajak, suke hati dia laa..”
Rupanya Kesabaran sy juga sering menipis dan sy terlupa sehingga terkadang sy alpa hinggala seorang teman berkata…
“jangan pernah berputus asa.. kita tidak tahu bila hatinya terbuka.. tp kita tak boleh menyerah…”
“maafkan sy kawan2 yg pernah sy alpa untuk ingat-mengingati dan mengajak, hati sy rupanya masih belum kuat dan punya kesabaran yang menipis.. tp mengingatkan kata sahabat ini .. apa cara sekalipun kita salinglah ingat mengingati, dari jauh atau dekat dan bagaimana cara pun untuk kita saling beringt itu boleh dilakukan…”
dan silalah mengingat dan menegur jika ada salah dan silap saya… ;-) ….
No comments:
Post a Comment